Mlm tu tido nyenyak betul. Sah2 sbb penat kan. Besh sbb anak2 pun tak mengigau ke apa. Si Arsyad tu slalu bila terlampau penat, mula la malam buat perangai. Tp kali ni baik ler pulak. So Mummy and Daddy adalah lega. Amina Adelia pun baikkkkkk..Sepanjang malam elok je tido dlm cot tuh. Tak bgn susu langsung. Kul 6am baru dia merengek sket nak susu. Tp Jakarta 6am dah terang benderang. Dah mcm kul 8am kat KL kan.
Eh, lupa nak masukkan gambar anak2 sebelum tido dlm last entry. Maleh nak edit2, masukkan kat sini je lah. hahaha...Saja sblm tido snappy2....nak2 plak anak-anak bg kerjasama...Sayangggg korang ketat2!!!...
|
:: Si Adik yg semakin cheeky...kejenya senyum sambil jelir lidah..haha..Abg dah makin boleh menerima adik..Alhamdulillah..:: |
|
:: Serious sebak tgk gambar nih..Harta kami yg paling berharga..Terima Kasih Ya Allah..:: |
|
:: Bicara melalui hati..hikhikhik..:: |
|
:: Penumbuk adik yg makin bolat..kahkahkah:: |
|
:: Ini cara dia tido...satu jari masuk mulut, lagi satu tgn tarik2 telinga...Sampai tertido sendiri. Tak payah tepuk2, Tak payah dodoi2..Terima kasih adik..kekeke:: |
|
|
Kami janji dgn Pak Yayat, supir kami, kul 8am kat Lobby. Pak Yayat adalah supir yg super duper best yg we all hired masa 1st time gi Jakarta-Bandung 4 thn lepas. Kalau ikut pengalaman aku, lepas gi Jkt-Bandung tu aku gi Bali, amik supir gak, still takleh lawan ke"best"an Pak Yayat ni. Then lepas tu gi Bandung plak last year kan, still teringat2 betapa bestnya service Pak Yayat. So dah nekad kali ni amik Pak Yayat saja. Walaupun Pak Yayat duduk Bandung, dan trip kali ni cover Jakarta sahaja, dia sanggup je dtg. Kesian dia pg2 kul 3am dah bertolak dari Bandung dtg Jakarta. Sampai Jakarta kul 6am. Sbb plan arini nak ke Safari di Bogor. Ancol ke Bogor dlm 2 jam lalu Highway. Tp sbb Sabtu, takut jem. Sbbnya selalu weekend org Jakarta akan ke Bandung. Lalu highway yg sama. Nak2 masa ni cuti CNY kan. Kat Jakarta cuti hari Isnin je. Tp still long weekend. So mmg berduyun2 la org Jakarta ke Bandung.
Bfast di hotel je. Sbbnya aku igt susah ler nak cari bfast dlm Ancol ni pagi2. Based on last experience, mmg bfast diaorg bukak pun kul 9am-10am. Nak kasi budak2 makan roti2 je dulu lapik perut kesian la plak. Baik makan kenyang2 dari hotel sebelum nak mulakan perjalanan yg agak jauh kan. Bfast kat hotel diaorg charge Rp130k utk dewasa, and half price utk kanak2. Bilik aku tak termasuk bfast,sbb dapat rate promo kan. Selection of food ok la, byk gak. Tp agak rugi sket sbb budak2 ni tak lalu makan dah. Dah excited sesangat nak ke Safari. Puas aku gertak, aku paksa2 suruh makan. Tatap la hujung2 jari2 je diaorg kuis2 makanan tu kan. Tkpelah, budak2 kan. Jadi mak budak mcm aku ni..makannn je la kejenya...hahaha
|
:: Sian minah ni takde org yg sudi snapkan gambar dia..Tgh snap pakai cermin dlm lift, tetiba ada org masuk. Tp continue je la bkn ada org kenal aku kat Jakarta ni punnnn...kahkahkah:: |
|
:: Bila Mummy makan..dia tido..Mummy makan..dia tido... Mmg sampai bila Mummy tak kurus2...(Eh, ntah apa kena mengena dgn dia ntah..kahhhh": |
Bergerak dari Hotel tepat kul 8am. Lancar je sampai highway. Budak2 takmo tido. Takut sgt tertido kang terlepas Safari. Hahaha..Sampai je toll nak masuk Bogor, dari situ dah start macet. Pak Yayat ckp agaknya macet sbb toll. Rupanya tidak yer. Macet nak ke atas Puncak. If nak ke Bogor, kena lalu Puncak. Kira jalan dia ala2 mcm nak ke Cameron Highlands gak la. Satu lane turun, satu lane naik. So if berduyun2 org nak naik..mmg macet la. Agak 15 min ktorg sabar menunggu dlm Q nak naik. Kat tepi2 highway tu ramai betul org berniaga. Jakarta mmg mcm ni. Org berniaga tepi2 jalan dari tingkap ke tingkap. Nak2 time macet, time traffic light tgh merah. Tp awas, skali ko turunkan tingkap kete and beli something, kejap lagi berduyun lagi tiba..haha..So tak payah la beli melainkan ko mmg betul2 nak benda dia jual tu kan..
Kat depan sket ada bersepah2 mat-mat motor plak. Aku mcm pelik. Pak Yayat kata diaorg ni org kampung sebelah highway nih. Diaorg nak offer tunjukkan jalan dalam ikut jalan kampung sampai ke atas. Kiranya ko tak payah la nak layan jem kan. Tp kena bayar. Tak byk sgt. Dlm Rp25k jer. Aku tak la pulak snap gambar. Sbb Adelia tgh isap susu masa tu. Tp mmg ramai. Dlm 50 bijik motor ada kot. Then diaorg dtg dari satu kete ke satu kete offer "jalan shortcut" tu kan. Aku tnya Pak Yayat boleh caya ke? Sbb kang sampai je dlm kampung terus kena tahan and kena rompak ke, mcm mana? Nauzubillah...Pak Yayat kata 100% di jamin selamat. Dia pernah guna gak dulu. Cuma ikut ktorg la nak ke tak nak bayar kan.
Nak2 kalau weekend, jalan nak ke Puncak ni diaorg buat system 3 jam. System ni mcm ni...3 jam org atas turun..so masa diaorg turun tu org bawah kena tahan la 3 jam..Then turun 3 jam plak org bawah naik. Time ni org atas kena tahan takleh turun selama 3 jam. Masa ktorg tgh sangkut jem tu, tak sure dah start belum system 3 jam tu. Kang sampai ke dpn tiba2 kena tahan 3 jam, meroyan ktorg dlm tu apa nk buat weyyy 3 jam dlm kete??? So fikir punya fikir, amik je la budak yg kasi service jalan shortcut nih kan. Untung2 boleh sampai awal..
And yes, mmg tak sampai 15 min dah sampai Bogor. Miahahaha..Tp jalan mmg agak mencabar. Kalau agak2 ko bawak kete sendiri, jgn la ikut kan. Jalan sempit gila, lalu tepi2 rumah org. Siap org sidai2 baju tepi cermin kete ko. Hahaha..Pastu yg paling hampeh skali...Lebih 20 kali ktorg kena stop dlm tu oleh "tol yg tak bertauliah". Iyer..toll yer adik2. Dah siap2 org2 kampung tunggu dlm tu, then mintak "duit toll" dari org2 yg lalu. Kira yg ko hired tunjuk jalan tu satu hal, yg mintak duit toll dlm tu satu hal. Senang je diaorg ni cari duit kan. Lebih 20 stations ok. DUA PULUH!!
Tapi sbb aku ada supir yg super duper best, of coz Pak Yayat berjaya mencantas mereka2 itu. Ktorg just bayar Rp2k kat 2 toll pertama. Masuk Toll ke tiga dan berikutknya, Pak Yayat dah jerit dari dlm kete "Udah di bayar di belakang tadik..." Iyer, sebanyak 18 kali Pak Yayat jerit begitu. Hahaha...Nasib ada Pak Yayat. Kalau ktorg je, sah2 bayar je sbb dalam kampung org ok. Ko berani nak buat hal? Sekali diaorg tahan tak kuar2 dari kawasan kampung, mcm mana?
Alhamdulillah...setelah lepas toll yg ke 20, terus masuk highway menuju ke Bogor balik. Mmg cerdik tindakan kami. 15 min sampai di pintu gerbang Safari dah..kekeke..Berhenti dulu beli junk food. Pak Yayat suruh. Sbb dia kata air, jajan2 kat dalam Safari mahal sgt. Baik beli kat kedai dlm kawasan kampung. Jauh lebih murah. See, power tak supir ktorg??? hehehe..
|
:: Budak2 yg happy dah sampai Bogor..Yeay..Pak Yayat Hebaddd....Pak Yayat Hebaddd!!:: |
|
:: Arsyad wajib buli kakak2nya..:: |
|
:: Mummy pun lega..lenguh dah pangku si embum nih..:: |
|
:: Muka excited sorang2..:: |
|
:: Paksa Aina snapkan gambar Auntie Zu..hehehe:: |
|
:: Ini lah Pak Yayat kami..Ada budak ketuk2 cermin nak jual2 barang. Dia cantasss jugak budak itu..hehehe:: |
|
:: Budak2 sekolah..Hari ni hari Sabtu..ada Sukan kot..:: |
Ok then masuklah kami ke Safari..Tapi ada lagi satu trick Pak Yayat ajar...Sbb nya fees utk Indonesian and Foreigner masuk Safari lain. Indon dlm Rp70k sorang. Foreigner dlm Rp150k sorang if tak silap aku. Tp sbb masa nak masuk tu bkn kena turun kete pun. Diaorg akan tnya dari tingkap kete je berapa org Indon, berapa org foreigner. So Pak Yayat ckp, if nak jimat, mengaku saja semua org Indon. Tp jgn berckp, biar Pak Yayat je ckp. Kang Kantoi. Hahaha...
So masa kat tmpt nak masuk tu. Masing2 pun kunci mulut. Aku siap suruh Daddy tutup mulut Arsyad..tkut plak dia terckp apa2 kang..sah2 tkde bunyi Indon. Aku nak snap pic pun takut. Hahaha..Bila dia tnya Pak Yayat "Berapa org dari Indon pak?" Pak Yayat jawab" Iya..semuanya..kami satu familie.." Miahahahaha..Terus dpt harga org Indon. Jimaattttt...Muka masing2 ada la iras2 kan. Kalau Pak Yayat bawak guests dari Australia ke, nak ngaku org Indon mmg sah2 la tak boleh kann..Lain la aku, muka sipi2 mcm Luna Maya..(Hantok kepala ke dinding beribu kali yer..PERASAN!!). hahahahaha
Dah lega...terus masuk ke tmpt binatang..Eh, sblm tu, ktorg dah beli carrot utk bg makan binatang2 ni semua. Besh ok. Mereka makan dgn seleranya. Setiap kete berhenti bagi makan, tp binatang2 ni tak berhenti makan pun. Tak kenyang2 gamaknya. Hahaha..Arsyad mula2 takut, tp lama2 seronok gila. Mau tak seronok..sekor2 binatang dtg dekat dgn kete ko nak makan. Siap kepala masuk dlm kete..Miahahaha..Aku spt biasa takut dan kegelian. Entah kenapa. Dari masa 1st time datang mmg takut. So aku awal2 dan berpindah duduk kat belakang dgn Adelia. Sambil menahan diri kegelian. Hahahaha...
|
:: Binatang kesayangan Arsyad...Gajahh:: |
|
:: Mcm ni la cara binatang2 dtg makan dari tgn kita..besh kan??: |
|
|
|
:: Badak binatang pemalas lipas. Keje dia baring kat tebing tu, nganga mulut je. Org kena campak carrot betul2 masuk dlm mulut dia. :: |
|
:: Nasib unta leher panjang. Senang je hulur mulut kat tepi tingkap. haha:: |
|
:: Takleh turun tingkap byk sgt. Binatang ni tandung dia bkn main runcing. Kena kepala kang satu hal plak:: |
|
:: Alma ni comel ok..ketuk2 tingkap pakai kepala dia. Nak carrot le tuh...hehehe:: |
|
:: Zebra masuk sampai dlm kete. Pastu air liur jejeh2 tau..Itu yg aku geli tuhhhhh..hahaha:: |
|
:: Budak ni tak paham apa2. Tp dia happy je dgn semua org terjerit2 tergelak2 tgk binatang2...:: |
Besar gila ok dlm tu. Semua tmpt la ada..Buaya ke, harimau ke, singa ke, cheetah ke, semua main lepas je lalu sebelah kete korang. Tp if mcm harimau, cheetah, binatang ganas2 tu dia tak kasi la turunkan tingkap kete. Nak mampos. Kang dia lompat masuk, sapa yg jadi makanan dia kang??? hahaha..Tp puas hati gila. Sbb binatang dia sihat2. Comel2. Active2. Takde la mcm kat sesetengah zoo tgk binatang pun aku tak selera. Tidooo je..kurussss je..Kira puas hati la dtg jauh2 walaupun tgk binatang je kannn..hehehe
Dah abis tu acara naik gajah plak. Mmg Arsyad dah lama tgu acara ni. Last dia naik gajah kat Bali Dec 2010 dulu. Lama kan. So dia mmg tak sabar2. Tak mahal pun Rp15k sorang. Arsyad naik 2 rounds. Happy banget budak tu..
|
:: Diaorg naik bertiga..tkpe, ringan2 pun orgnya..cuba aku naik skali??? Menjerit gajah tu..hahaha:: |
|
|
|
:: Muka control excited:: |
|
:: Confuse jap dlm gambar ni. Sapa lg excited. Anak ke bapak? hahaha..:: |
|
:: Feel free to pegang2 and main2 dgn gajah all the time. Diaorg mmg berlegar je kat sini secara free. Tak kurung, tak masuk kandang. Jinak2 plak tu..:: |
Then ktorg singgah makan jap. Sbb dlm tu adalah sejukkkkk...Tmpt atas bukit kan..Harus la kelaparan je all the time. Order makanan alas perut je. Takmo kasi kebulur sgt. Spagethi sepinggan, burger seketul, satay sepiring, air sorang satu. Rp300k ok!!..Mmg mahal food dlm ni. Masa aku dah order and siap2kan tmpt makan, skali cari2 Arsyad tak jumpa. Puas jerit2 nama dia. Aliyah kata dia dgn Paman. Tp Paman elok je tolong aku angkat food masa tu. Daddy tgh jaga Adelia. Berdebar gak hati masa tu. Skali cari2...oooo..di sini rupanya ko anak..Jgn la risau..tak lari nya gajah ko tu anak ooiiii....
|
:: Org sibuk nak makan..dia sibuk nak tgk lagi gajah dia dari jauh pun tak kisah...Pastu ckp" Mummy, tadi kita dah naik gajah..lepas makan kita naik elephant pulak yer.." Ayat memancing tak ingat..Igt Mummy ni tak sekolah ke Arsyad oiiii:: |
Sebak plak tgk anak gembira begitu skali. Dia ni memang. If ktorg bawak dtg tmpt2 mcm ni, happy nya lain mcm. Dulu masa mak bapak dia dtg sini, tgk gajah gak. Tp takde la excited ke apa. Masa tu dia dlm perut. Aku geli2 dgn gajah tu ada la. Amik gambar pun jauh2 tkmo pegang2. Nak kata terkenan mcm tak logik la plak sbb aku tak suka plak gajah2 time tu. Ini buktinya....
|
:: Kami dgn gajah di tmpt yg sama. Aku masa ni pregnant kan Arsyad 2 bln lebih..Geliiiiii:: |
Dah settled makan kami jalan2 ke sekitar situ. Org agak ramai tapi tak sesak la. Penuh org dia gak. Hari cuti kan. Harus la bawak family berlibur katanya. Kita kat KL pun pantang cuti penuh je semua tempat kan.
Jalan2 naik tren dulu. Rp15k sorang. Dia bwk round sekitar Baby Zoo and tmpt Burung. Ok la best gak..
|
:: Mereka yg happy. As usual, takde org offer nak amik gambar tuan punya blog...#sentap:: |
|
:: Arsyad nak naik kuda..Tapi kuda-kuda tgh lunch time..hahaha:: |
|
:: Arsyad nampak je ni terus nyanyi.."Bangau oh bangau..kenapa engkau kuwushhhh.." kahkahkah:: |
|
:: Burung cenderawasih. Aliyah paksa amik gambar sbb dia kata burung ni jarang2 turun ke bumi. Sbb tu ada org panggil dia Burung di Kayangan...:: |
Pastu ke Baby Zoo...bestt..Semua binatang ada tp size2 baby..hehehe..mmg comel2 belaka. Gambar tak amik la sbb batt camera pun dah kong. Adelia boleh doodoo plak. Nasib toilet dia bersih and cantik. Siap ada tmpt tukar diaper baby. Senang. Cuma air dia agak mcm ais batu. Sah2 air atas bukit. Menjerit budak kecik tu bila aku basuh bumbum dia. Hahaha..
Acara wajib amik gambar dgn baby tiger, baby lion etc. Tp Baby lion tgh rehat. Sbb binatang2 ni bkn la binatang peliharaan kan. So diaorg mmg kena kasi rehat yg byk. Ko igt senang nak handle diaorg? Masa turn ktorg amik gambar, baby tiger yg kepenatan ni telang menunjukkan belangnya. Dgn pantas dia ngapppp seluar jeans Daddy. Terkejut ktorg semua. Aku menjerit jgn ckp la kan..Mybe dia terkejut dgr jeritan aku lalu cepat2 dia lepaskan gigitan dia. Daddy kata terasa gak la gigi dia kat punggung Daddy. hahaha..Terus dia kena ketuk dgn cota oleh penjaga dia. Biasa dia gigit2 org eh!. Habis semua org ketakutan nak posing lepas tu. Hahaha
|
Masa ni dia kena ketuk. Aku tk sempat nak snap masa Daddy kena gigit. Sah2 dgn aku2 pun tergamam sama kan..:: |
|
:: Posing konon..padahal masing2 pun takut..hahaha:: |
|
:: Arsyad masihh takut..tp tgn tetap peace..:: |
Pastu gambar dgn Org Utan plak. Org Utan ni nakal and cheeky. Friendly gila plak tu. Selamba dia tarik tgn Aina suruh peluk dia. Dah mcm BFF aku tgk. Hahaha
|
:: Tak guna nak jerit2 suruh Arsyad pandang camera..Dia lagi suka pandang Org Utan tuh.:: |
|
:: Tgn dia landing kat peha Aliyah tu...hehe:: |
|
:: BFF sgt kan?? hahaha:: |
|
:: Gmbr dgn tiger putih plak. Tiger ni kekenyangan baru lepas makan..Boleh la nak landing2 kepala atas peha org kan...:: |
|
:: Dia ni mmg tak takut nk pegang ke apa:: |
|
:: Sama je adik beradik ni..:: |
|
:: Ni gambar mereka 4 thn lepas..hahaha..Aku rasa tiger yg Aina peluk ni..mcm tiger yg sama gigit Daddy...Sbb dulu kecikkk je..Skrg dah besar dah...:: |
Bayar utk amik gambar dgn binatang2 ni Rp15k sorang. Ok la kan. Kat KL mana nak jmpa tmpt amik gambar dgn Pak Belang. Heheheeh...Puas hati budak2 ni. Tp tkde tanda2 nak balik ok. Ktorg yg dewasa2 ni dah penat gila. mereka masih la lagi nak round2 situ. Terpaksa Daddy guna kuasa veto ajak balik. Klau ikut diaorg, tido dlm Safari la kami jawabnya..hahaha
Keluar dari Safari dlm kul 3pm. Pak Yayat ajak makan kat Rindu Alam. Tmpt makan yg cantik kat atas Puncak. Pemandangan pun cantik. Makan betul2 atas bukit kan..Tp malangnya, duit Rupiah Daddy tinggal sikit. Duit Dollar yg dia bawak utk di tukar, tinggal dlm bilik hotel. Ada dlm Rp100k lebih je. Tak confident nk gi makan kat restoran. Hahaha..So batalkan niat, nak2 budak2 mcm penat je. Dah masuk kete baru tau penat ok!. So bertolak balik je lah. Kehampaan sungguh. Tkpe, next time datang Safari nak makan kat situ gak!!!..
Sampai highway ke Jakarta 2 jam lepas tu. Daddy, Paman dan Pak Yayat singgah makan kat Nasi Padang berbekalkan duit yg ada. Nasib cukup. haha..Aku teman budak2 masih ketiduran dlm kete. Sampai hotel, diaorg sambung tido, ajak g swimming pool pun tak larat dah. Hahaha..Bagus. Rehat cukup2. Malam je la kita cari makan.
Bgn je tido masing2 kelaparan. Terus ajak Pak Yayat makan kat kedai sebelah hotel ni je. Ada Restoran Simpang Raya. Restoran kegemaran ktorg kalau kat Bandung. Hehehehe
|
:: Nyummm..semua makan dgn lahap akibat terlampau lapar..:: |
|
:: My BFF di Jakarta...hahaha:: |
Tp Simpang Raya kat Jakarta, dlm Tmn Ancol ni agak mahal ler. Dulu kat Bandung makan satu rombongan ramai 13 org pun baru sekitar 400k aku rasa. Ni ktorg makan 4 org dewasa, 3 budak kecik yg mkn tkde la byk mana kan..Dah Rp350k. Kira restaurant dlm Ancol ni mcm gak la kalau ko makan kat Genting ke, Sunway Lagoon ke kan..Sah2 semuanya mahal..
Lepas kenyang kami jalan2 kat sekitar Pantai Ancol pulak. Saja jalan2 ambik angin. Boleh tahan ramai gak org malam2 pun. Ada je org mandi pantai mlm2 tu. Hahaha...
Pak Yayat dgn setia ikut je ktorg sampai la ktorg balik hotel. Dia plak tido dlm kete. Kesian tau. Aku nak offer bilik pun, mana la mampu nak amik lagi satu bilik extra kan. Tp dia ckp jgn la risau, dia mmg dah biasa. Dah mmg keje dia. If pagi dia mandi and tukar baju kat tandas dlm Ancol tu. Byk je tandas tmpt nak mandi2 sah2 dlm ni theme park kan. Then dia ada ramai kwn2 supir yg lepak dlm kete gak. OK la lega sket aku dgr. Sbb walaupun amik dia sebagai supir, tp rasa mcm close sgt. Dulu dia segan nak makan skali semeja dgn ktorg. Katanya tak boleh supir makan dgn guest. Eh, marah la kami kan. Meh je ler makan skali. Apa la salahnya kan..
Pasal charge Pak Yayat nanti aku cite lain entry la yer. Entry special ok Pak Yayat..(Kak Selly, Pak Yayat pun dah ada website dah skrg..dah rajin baca blog. Zu suruh dia baca entry Jakarta zu ni..eheheh)
OK la balik hotel tu masing2 kepenatan tido. Esoknya lagi satu hari yg happening utk budak2. So masing2 nak charge battery dulu. Itu sambung next entry ok. Gigih aku nak menghabiskan entry Jakarta ni...Kang tangguh2, sampai Arsyad abis SPM pun tak update2 gak..Amboii..Melampau punya lama tu..hahahaha
3 comments:
awat muka arsyad cam takot2 je ngan rimo tu...takottt yeeee
btw...zu..nanti boleh lah kami dapatkan khidmat Pak yayat
kalau Zu recommended dia..pastu tebaboo nyer kan service
puas hati baca entry jakarta puan mulan, semua cukop lengkap, kekeke.. ehhh bestnya la binatang2 jln2 mkn2 tepi kereta.. huhuhuh...
kelakarlah abg arsyad, td dh tgk gajah ni nk tgk elephant pulok.. hahahaha..
adelia ya allah, comey gilerrrrrrr!!! senyum jah dia..
pssttt.. xyah le awk ckp sesetengah zoo menatang kuros2, ckp je lah zoo negara kita di key ell nuh, saya paham.. kahkahkahkah.. adoii laaaa.. tp puas hatilah saya tgk, besttt sangatTt!!!
sgt suka tengok gambo adelia tido sambil nyonyot jari and tarik telinga.. chomelll!
Post a Comment