Menyayat Hati: Anak Buang Bapa Tepi Masjid
Buang bapa, kebas wang
LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.
Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.
MALANG...Wahid (tengah) ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.
Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.
Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.
Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu. -HM
************************************************************************************
Ni berita sebelum anak dia kasi statement. Aku takmo tulis statement anak dia kat sini. Tp dari yg aku baca from paper hari Sabtu, anak dia ckp diaorg tak sanggup jaga sbb bapak dia ada "perangai yg diaorg tak dpt nak terima". And bapak dia pernah di penjarakan sbb perangai dia tu, bila dah keluar dia ulang balik perangai lama. Sbb tu masing2 takmo jaga, diaorg letak je bapak diaorg kat tepi masjid..
Well..maybe aku tak berhak nak marah anak2 dia ke apa kan. Kita tak tau apa diaorg tanggung. Tp sebagai org biasa, bila baca berita2 mcm ni hati aku jadi geram sgt2.. Apa yg ada dlm kepala hotak anak2 dia ni eh???...ok la kalau pun perlakuan bapak ko tu memalukan korang kan..tp pikir la..dgn umur 71thn, apa besar sgt kesalahan org tua tu sampai 7 org anak tak sanggup nak jaga??
Aku dok la pikir2...perogol ke pakcik ni? suka mengintai org ke? sex addict ke? dgn umur lanjut mcm tu..dgn dah sah2 uzur, sakit2 semua tu..apa yg mampu dia buat sampai semua org takmo bela dia? masa muda2 if dia buat perangai mcm tu, ok la dah dpt hukuman sampai masuk penjara..tp kali ni?? apa yg mampu dia buat??
And bagi aku..sorry la kalau pendapat aku ni ramai tak setuju...tp sejujurnya, aku rasa TIADA ORG YG SEMPURNA..semua org buat salah, semua org ada kelemahan masing2. Maybe kali ni pakcik tua ni yg punya masalah, dia yg tak sempurna di mata anak2 dia, dia yg ada kelemahan yg dia takleh nak kikis walaupun dah tua. tapi SEMPURNAKAH anak2 dia tu? perfect ke perangai diaorg? tinggi sangat je darjat diaorg sampai takleh terima bapak darah daging diaorg sendiri?
Ustazah aku masa sekolah dulu pernah ckp. Aku ingat lagi. Seburuk2 ibu bapa kita, mereka tetap ibu bapa kita. Tak ada benda dlm dunia ni yg menafikan hak diaorg sebagai ibu bapa kita. Walaupun seorang ibu tu kerjanya pelacur, kita tetap wajib taat dan kena hormat dia sebagai ibu kita...So same goes to bapak lah. Kalau ye pun bapak dia ni perangai hodoh, anggap la itu sebagai ujian utk anak2 kan. Dah Allah nak kasi mereka teruji utk jaga bapak yg begini, terima je lah. Yg ko suka2 tinggalkan bapak sendiri kat tepi masjid tu kenapa? Dah tu kalau ko kecik2 dulu perangai tak elok, bapak ko tak tahan jaga dia pun letak tepi masjid boleh tak???? haihhh..tak tau nak ckp apa...
Aku maybe emo sbb aku dah takde mak bapak...And aku rasa panas bila org layan mak bapak sendiri mcm nih...Mmg la hak masing2. Tp pakai akal logic la kan. Bapak sendiri tu kot..kalau bapak angkat ke, bapak tiri ke, tahan la lagi. Berapa lama je pun lagi org tua tu dapat tumpang ksih sayang anak2. Umur dia pun dah 71thn. Bkn selama2 pun anak2 kena gilir2 jaga kan...Kenapa nak rasa dia satu bebanan? Yg dia jaga anak2 dia seramai 7org sampai besar tu apa???
Or kot ye pun malu nak jaga bapak perangai "buruk" kononnya ni kan..ko letak la dia elok2 kat sekolah pondok ke..Kata nak kasi dia insaf...Gi la register elok2 utk dia belajar agama. Then sebulan skali dtg visit dia...bawak cucu2 dia jmpa dia...Janji TANGGUNGJAWAB sebagai anak tu ko tetap jalankan walaupun tak directly jaga dia kan. Or hantar elok2 kat rumah org tua2...setahun skali baru nak tunjuk muka pun takpelah. Ni dah mcm anak kucing je plak suka2 ko letak tepi masjid harap2 ORG LAIN YG TAKDE PERTALIAN DARAH plak yg tolong dia. Mmg tak tau hati jenis apa anak yg buang dia hari tu ...
Kalau aku baca baby kena buang, budak kena tinggal dgn mak bapak, hati aku mmg sedih. Tp aku bertambah sedih if baca cerita mcm ni. Jgn la nak JATUH HUKUM sewenang-wenangnya ke atas kesalahan bapak sendiri. Allah itu lagi MAHA PENYAYANG. Setiap manusia yg buat salah kecik ke besar, pun boleh dapat pengampunan dariNya kalau bertaubat..So sapa ko yg sampai takleh terima kesalahan bapak sendiri nih??? Banyak lagi cara lain utk tolong bapak dia kembali ke pangkal jalan if betul2 la bapak dia ni jahat mengalahkan Firaun kan...Jgn main2 okeh..if anak lelaki, tanggungjawab ke atas mak dan bapak sampai seumur hidup dia. Anak perempuan je lain sket terus terputus tanggungjawab bila dah kawin. Tp still tak bermakna ko leh lepas langsung tanggungjawab tu kan. Pikir la mak bapak besar kan anak perempuan and lelaki sama je. Cuma anak lelaki lebih tanggungjawab nya...
Di dalam al-Quran, Allah SWT dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut, seperti firman-Nya yang bermaksud, “…dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).” (Surah al- Isra’ ayat 23)
Kalau dah bangang sgt tak reti nak pikir pakai otak, berbalik la pada Al-Qur'an...nak berckp kasar pun berdosa..apa lagi nak buat mcm ni skali...
Memang betul org ckp..bila ada org tua dpn mata, kita susah nak hargai..tp bila dah takde nanti...dah takde guna apa pun yg ko nak buat...percayalah..
Kalau dah bangang sgt tak reti nak pikir pakai otak, berbalik la pada Al-Qur'an...nak berckp kasar pun berdosa..apa lagi nak buat mcm ni skali...
Memang betul org ckp..bila ada org tua dpn mata, kita susah nak hargai..tp bila dah takde nanti...dah takde guna apa pun yg ko nak buat...percayalah..
1 comments:
ntah kite pn xtau ape pangai bapak dia tu kan
mana tau apaknye perogol cucu2
astaga..dosa aku petang hari
ampunnn
ape2 pn bawak la bincang anak banak ek
ni smp msk paper buat malu sajek..pastu menambahkan dosa org2 mcm kite ni sbb mcm2 speku kite buat
tak memasal je kan..
Post a Comment