Pages

Aug 9, 2011

Lega....

Hari ni lega sket..sbb akhirnya kami tukar plan. Antar Arsyad gi school pagi2 subuh. Time Daddy nak gi keje..time dia masih tido. Sbb makin lama makin melampau takmo gi school. Smpi school plak diva takmo main dgn kwn2 dah. Nak main dgn baby jer. Pastu mintak mcm2. Sebelum melarat, kena kasi balik normal routine dia...

Org ckp laa..dah ko cuti jaga la anak kat umah kan. Eh, aku bkn ler malas sgt smpi anak sndiri takleh jaga kat rumah. Tp sbb ktorg mummy and daddy dia lagi suka dia gi school. Byk benda dia belajar kat sana. Betul...tnya la cikgu2 dia..sbb daycare dia bkn setakat daycare semata. Umur 3thn ke bawah mcm Arsyad mcm2 activity diaorg buat. Mewarna la, melukis la, baca ABC, nyanyi2 nursery rhymes. Mmg semua tu leh buat kat rumah gak, tp lagi seronok buat dgn kwn2 ramai2 kat sekolah. Dia pun pandai bergaul, vocab makin byk sbb campur dgn org kan. So aku rasa utk peringkat umur dia ni, lg byk faedah dia gi school belajar mcm2 benda dari berkepit bwh ketiak mummy tgk tv jer...Kat sana nanti pun insyaAllah if ada rezeki aku nak antar dia playschool gak. Sbb mmg dari kecik dia gi school kan..
Ini adalah vid yg sempat aku amik masa dia berdrama air mata..hahaha..lawak sungguh tau..bila dia tgk balik tergelak2 dia...masa buat drama ni tak rasa lawak plak...haihh..

 

0 comments: