Firstly, aku nak minta maaf kalau2 entry aku ni menyinggung mana2 pihak. Yg keje kat Astro, or husband dia keje kat Astro (ja, sorry k..haha), or sedara mara keje kat situ ke. Tp aku memang tak dapat nak bendung rasa tension aku dgn Astro nih..
At least sebulan skali mesti aku dpt call, biasalah diaorg nak promote product baru. Dulu2 boleh la aku terpedaya gak la masa dia suruh aku add pakej mustika sbb masa tu dia bgtau calculation aku tambah 6 ringgit je dlm monthly charges utk dpt kan pakej tu. Kebetulan pakej tu ada promo masa tu. Tp dia tak bgtau aku 3 bln lepas tu charges dia naik ke pada 20 lebih tak silap aku sbb yg promo 3 bln jer...Aku pun jenis tak berapa check sgt bill astro. Berapa dia suruh bayar, itu lah aku bayar..
Then skrg kecoh pasal diaorg naikkan rate tu kan. Dgn tax semua skali naik. Pastu aku dapat call aritu..tnya nak upgrade g Beyond tak. Sbb skrg free upgrade. Aku ckp tak payah la sbb kat rumah pakai tv biasa je. Nak ber"beyond" buat apa. Lgpun mostly cite aku tgk drama and reality show, so tak payah la nak beyond bagai kan. Then dia mcm tak puas hati. Dia ckp nnti dpt recorder baru. Aku ckp la tak payah sbb so far recorder aku ni tak rosak lagik..kekeke..so dia pun rasa gagal nak meyakinkan aku, dia ckp ok lah..
Tup2 2-3 hari lepas tu ada dpt call lagik...kira2 mcm ni perbualan dia..
Org Astro : Asskum puan, saya call dari Astro. Saya nak bagitau puan promo terbaru dari Astro. Since skrg puan bayar RM112.00, saya rasa elok puan upgrade ke beyond dan cuma tambah RM2 jer..
Aku: Saya dah pernah dpt call mcm ni..saya takmo Beyond tu...tak kira la tambah RM2 ke..20 sen ke...saya takmo..
Org Astro : Kenapa tak nak puan?? Sbb bkn byk pun Puan kena tambah...Dan kami boleh bagi skali PVR utk record rancangan kegemaran puan dgn percuma. Installation pun percuma..Tapi utk register PVR puan hanya perlu tambah RM12 jer. (haa..yg ni dah naik sket plak..) kira campur monthly charges, RM124 je puan..
Aku : Ish, nak record2 buat apa..saya slalu takde kat rumah. Balik rumah prog yg ada pun tak tertgk, apa lagi prog yg dah di record tuh...
Org Astro: Skrg mmg puan rasa tak perlu. Nanti2 kita tak tau kan...Tak rasa rugi ke dari puan bayar RM112 utk package yg ada skrg, tambah sikit jadi RM124 dapat PVR dah.
Aku : jap...RM112 skali tax kan? RM124 tu dah masuk tax ke belum? (Tax adalah 6% kan).
Org Astro : (* diam..lama sket dia ckp..) Oh..belum puan..kalau masuk tax dalam RM130 lebih...
Aku: See...bila awak nak compare kan price..kena la compare betul2. Monthly charges saya bayar skrg awak sebut termasuk tax..tp bila awak sebut charges baru yg konon free itu..free ini..awak tak sebut termasuk tax..kang bila saya dpt bill saya sakit jantung...mcm ni ke buat marketing???
Org Astro : Maafkan saya puan...tapi kira puan tambah lagi berapa je walau masuk tax pun...
Aku : Well...tak kira la saya tambah lagi berapa ke..Murah ke..Mahal ke.....The point is, dari mula conversation kita tadi awak ckp tmbah Rm2 for beyond, pastu tambah Rm12 for PVR, Tp skrg total dah kira tambah RM18 lebih utk total. Awak dok sebut nombor sikit2 mmg tak nampak byk. Tp bila dah masuk bill, jadi byk lah. and if jadi monthly commitment, setahun dah berapa???? Mcm ni la..dari awak dok call org suruh upgrade package itu, promo ini...baik awak upgrade your own system dulu. If hujan stillll tak gak dpt service. So pakai la beyond ke, PVR ke, kalau hujan tutup gak tv tu kan???
Oh...masa ni aku adalah meluap2 marah dah. Sbb ni dah call yg ke-3 utk minggu tu tau...Seriously kalau ko nak promote barang pun, jgn la cara nak mengelirukan org...
Org Astro : Takpe la kalau puan tak berminat...minta maaf kerana mengganggu.
Aku : Memang menggangu pun. You all takde system ke? tulis dlm system sapa2 yg u all dah call, and tulis remark kat situ org tu tak berminat. So that takde collegue u nak call2 lagik. Annoying tau tak??? And pls, improve your service time hujan tu dulu before nak upgrade2 package nih..
Terus aku letak phone lepas tu..hahaha..Iyer...aku tak suka org promote2 benda yg berkali2 mcm nih. Kalau dpt2 call mcm ni serious rasa terbakar je darah. Lagi satu mmg la aku paham marketing strategy ke apa ke kan. Tp jgn la ko promote harga sebelum tax, nak di bandingkan dgn bill kita yg dah masuk tax. Itu dah kira menipu org secara tak langsung gak kan. If dia call makcik2 kat rumah, or pakcik2 kat kampung tu, buta2 je org2 tua tu buang duit upgrage Beyond, PVR bagai. Pleaseeee lah Astro!!..
Oh, utk korang2 yg belum dpt call...try la suruh dia sebut penuh2 harga2 package TERMASUK TAX. nanti dia sendiri akan tergagap2 di situ..kekeke..
7 comments:
akak pun tengah sakit hati nieH
harga makin naik
service cam sipot sedot je astro skrang....
kang terminate kang
Memang sakit hati kak..zu nanti nak cut segala-gala additional channel nih. Nak amik basic yg byar 30 lebih sebulan tu jer. hahaha...
alamakkk kami dah tukar beyond dah...eheheheh dia kata up sikiiitt je.. terpedaya nampaknya...
Kekeke..Tkpe la kak naz..kot2 cik abang tu nak tgk bola dgn lagi "real"..hehehe..
bagusssssssssssss!!! saya setujupppp!!!!!! asteruk nih memang eeeiii xtau nak ckp dah ler!!! sakit hati!!
Kan Bulan...mmg saja nak aniaya org saya rasa..mmg la sapa mampu, pasang astro..tak mampu..jgn pasang..tp jgn la dok call2 org tambah itu ini...annoying gila..
Zu boleh ke kalau amik basic package je? nak gak buat nieH..huhuhu......
Post a Comment