Tekanan betul di hari isnin yg indah dan murni ini....haihhh..
Ok aku tak tau la bagi korang2 yg dah experience beli rumah kan..Mcm aku baru nak menjinakkan diri dalam permasalahan ini. Sbb rumah aku dduk skrg mmg Daddy Arsyad dah beli sebelum ktorg kawin lagi. Dia ckp nak pinang anak dara org kena ada rumah, sediakan tempat tinggal. hahaha..So aku simpan duit utk beli barang2 masuk rumah je. Itu pun sakit kepala dgn duit nak kawin, dgn duit nak beli barang masuk rumah (pakcik tu demanding lebih..dia nak rumah complete giler utk dia dia masuk..last2 ktorg cat bilik2 dlm rumah tu sendiri sbb dah takde budget nak upah org..wakakakaka..)..so pening2 kepala bab2 beli rumah aku tak experience langsung masa tu.
Then sbb aku dah keje pun nak masuk 8thn. Rasa mcm rugi plak takde harta sendiri kan. Dari duit abis gitu jer, baik la kita invest kat mana2. Niat nak beli masa arwah mak ada lagik. Nekad nak mak merasa dduk rumah atas tanah. Tp maybe masa tu rezeki lom sampai. Dok cari2 rumah tapi tak jmpa yg dlm budget aku nak. Tau2 la harga rumah skrg..GILA. Kang ajak mak aku duduk Kuala Kangsar, dpt gak Semi-D sebijik harga 200k. hehehe
Then this year baru bernekad betul2 nak cari umah. Di sbbkan aku nak pindah nanti, rumah tu abg aku yg sulung yg akan duduk. So aku cari bersama2 dia lah. Dah dapat rumah harga ok la kat Amansiara Selayang...Harga pun ok sgt setelah rezeki terserempak dgn owner rumah tu kat Club House. Jgn main2 ok rumah tu ada Club House..hahaha..Dia memang nak jual rumah tu dah amik agent tp sbb agent lembab kot setahun rumah tak berjual. Dia contractor kat sana..dok renovate 7-8 bijik rumah kat sana..So ok la tgk rumah cun dekat dgn Club House and yg penting menepati ciri yg kami nak..
Pic semua amik dari pakcik google. Nasib la ada no phone agent2 tu yer..kalau rasa2 korang pun minat..call la mereka2 nih..hehehe
:: Entrance..::
:: Kawasan dia berbukit2 sikit::
:: Ini ler ala2 club house...janji ada swimming pool, gym, tennis court, badminton court segala..and tmpt makan..::
Di sbb kan abg aku yg nak dduk, so dia tak kisah dduk Selayang. Sbb skrg dia dduk Wangsa Maju, then tak la rasa jauh. Aku beli rumah ni dgn harga RM220k, keluasan 22x75. Sama luas dgn rumah aku kat Kajang, tp aku dua tingkat, sini setingkat jer. Sbb townhouse style. So rasa rugi gak di situ. Tp sbb pikir lagi lama harga lagi naik, and family aku takmo dduk area Kajang / Bangi, amik je la kan...
Settled part pilih rumah. Then bab procedure plak. Sbb aku nak gi July, nak mintak la diaorg cepatkan process. Tau la process beli rumah ni kan makan masa 3-4bln gak nak settled. Gi buat loan kat bank, dah sah2 dua minggu. Itupun mula2 diaorg offer aku 80% loan je sbb diaorg check kat Bank Negara aku takde record hutang langsung. Dah tu mmg aku tak amik card credit, belum beli apa2 harta, mmg la takde record. And bkn ke lagi bagus org takde record dari berlambak hutang2 kan..Fight balik, a week letter baru approved for 90% loan.
Ok settled bab loan, now nak appoint lawyer. Aku amik lawyer yg sama owner tu amik sbb senang document dah ada kat dia semua. Then dia prepare S&P, dia ckp aku kena prepare 10% downpayment terus. Aku plak igtkan aku bayar booking 2% dulu, utk dia keluarkan booking form pastu aku withdraw EPF utk bayar remaining balance. Rupanya tidak boleh begitu yer...
Part ni paling aku panas kat EPF. Tujuan diaorg nak tolong pencarum bayar 10% deposit if nak beli rumah kan..Sbb ye la mana semua org ada duit ribu2 dlm bank anytime leh beli rumah. So kita di bolehkan keluarkan saving dlm EPF tu sikit. Tp document dia nak mak aiiii..menyakitkan hati. Firstly nak copy of stamped S&P. Dah kalau ko gi signed S&P tu, sah2 10% duit ko kena bayar dulu kan..Org ado2 yg duit berkepuk2 ok la. Org mcm aku takkan tiba2 nak ada puluh2 ribu kan..Sbb tu la adanya simpanan dlm EPF kononnya..Then discuss2 balik ok la leh la korek sana sini nak cukupkan duit bayar dulu 10% tu. Kang siap semua document leh terus withdraw EPF sbb dia kata dia amik masa 14 hari bekerja je kannn..
Ok S&P semua dah signed. EPF nak offer letter from bank. Which is takde masalah sbb loan dah approved kan. Then aku check2 balik, mak aiii..bkn main byk lagi document dia nak sebenarnya...meh aku listkan sbb aku pun tak tau apa kena mengena semua document ni dgn procedure nak KELUARKAN DUIT AKU SENDIRI!!!..
1. Copy of signed S&P - paham la kan sbb nak bukti pembelian.
2. Copy of offer letter from bank - pun paham ler sbb nk tgk loan atas nama sapa..
3. Consent letter from developer if korang beli atas org lain - If atas developer leh amik surat dari developer jer. If atas org lain nak kena consent letter la plak. - Aku tak paham apa kena mengena dgn EPF. Janji yg beli rumah tu atas nama aku, loan aku, mmg takkan nak tipu lagi aku nak amik duit tu utk beli gula2 kan??? ni nak kira beli dari developer lah, dari org lah..
4. Status of the house - if leasehold, kena g pejabat tanah dapatkan dokumen pindah milik. - ni pun aku tak pahammmmmmmmm!!!!
Skrg ni documents no 1 and 2 je yg dah settled. Aku call lawyer mintak dia gi uruskan consent letter tu dia kata it will takes 3-4 weeks to settled. Then surat dari Pejabat tanah tu another ONE MONTH!!!...So campur dgn urusan dgn EPF, lagi 3 bulan la baru dpt kuar seciput 10% tu...so korang rasa2 la kan..benda ni menyenangkan pengguna ke...or membuat rasa pengguna malas nak go thru all the hastle and just lupakan je hasrat nak dpt rumah idaman???
Aku tak tau la aku yg bengong tak reti nak handle benda2 ni, or semua org pun ada masalah yg sama. Come on la, if org ada duit puluh2 ribu nak letak 10% downpayment, tak payah susah2 gini kan. Itu belum masuk duit lawyer yg dekat 6k. So sebenarnya nak kasi pengguna senang ke tak nih??? Nak2 harga rumah skrg paling busuk pun 200k. So paling kurang org kena ada 20k nak dulukan duit rumah kan. Pastu nak kena menunggu 3-4 bulan document semua settled baru nak dpt balik from EPF. By that time aku dah makan meggi hari2...
Itu tak payah la aku nak sentuh bab Skim Rumah Pertamaku konon tu...Gaji kena bawah 3k, harga rumah tak lebih dari 250k. Hahaha..mcm tak hagak2 je requirement kan..
Haihh...aku anggap je la ini dugaan utk dpt rumah idaman...So far lawyer aku ckp dia try settlekan segala document tak masuk akal tu secepat mungkin. If aku ni kaya, byk duit, tak payah heran dgn duit dlm EPF, dia tak payah sediakan semua document2 tu..and tak payah charge aku utk semua tu...haihh..sabar...sabarrrrrrrrr...
Penat nih dok ulang alik office lawyer kat Shah Alam nun, sehari puluh kali call EPF, call developer, kejang2 perut aku nih...Harap2 semuanya settle sebelum aku pergi..Saja betul masalah nak dtg time mmg fikiran tgh serabut nih...gerammmmm!!!
Pendek kata...sapa2 yg nak beli rumah tu..baik simpan dulu duit puluh2 ribu kasi cukup 10% downpayment..kasi cukup lawyer fees semua...dapat kunci, dapat documents complete semua baru la leh harap duit kat EPF nun...tu belum nak masuk rumah lagiikkkk..hehehe..itu pening lain plakkk..
Harap di permudahkan segala urusan kita nih...Amin....
6 comments:
Fuhhh!!!!...Baca pun penat!!!!!
akak ari tu
kejap je process dia..
tak sampai dua minggu settle
duit dah masok....
tapi akak siapkan semua dokumen yang seperti Zu senaraikan tu lah..
dia mmg nak benda tu
sbb skrang ni ada masalah
di mana pemohon...
memohon untuk pengeluaran perumahan
but at the end...
duit dapat...rumah tak de
ini lah masalah yang org duluuuuuuuuuuuuu timbulkan dan menyusahkan org baru cam kite yang nak beli rumah
tapi kalau semua tu ada zu..
mmg cepat..tak sampai dua minggu settle.....
dan disebabkan semua requirement ni.....
akak settlekan dulu..
baru apply kwsp..hehehehhe
btw....congrasts....
dah ada rumah baru.....
akak pun teringin nak carik sebuah lagikkkk
Ninie: memang penat...tapi kena hadap gak..huhu...
Kak Ila,
mmg if documents lengkap, 2 minggu leh kuar duit. Masalah zu angin skrg ni document dia mintak tu semua tak masuk akal. Mcm mana pemohon nak tipu kalau dah S&P nama dia, and kat S&P tu dah tulis kita bayar 10% deposit and if kita tak jadi beli rumah, deposit tu burn gitu je kan??? masalah title, freehold ke leasehold ke tu bkn masalah EPF kan. Asalkan check loan tu nama kita, S&P nama kita, should be enough la kot...
cara mcm mana nak tipu lagi tak tau lah..
sabar ea zu... mmg cenggitu la lumrahnya.. mcm2 benda nak sediakan..huhu..
ada lah tu..audit2 dia yang berbangkit tu zu....
cam kite orglah....
sistem lama ok je.....klik sekali jalan teros
skrang ni..konon2 nak implement benda baru....
sistem nyer makin payah....
patutnya siap in one click...
dah jadi soploh klik..
baru siap satu
sabo ye zu
ada lah hikmahnya tuuuuuuuu
Post a Comment