Uishhh lama giler tak update..hahaha..bz ler..dgn preparation utk "kehidupan baru" yg masanya makin hampir nih...itu nanti2 ler aku cite yer...sbb "surat saman" lom dapat lagi. Confirmation memang 100%. Tp biarlah kita releks2 dulu takmo canang2 satu donia sbb yg susah hati nya akuuu jugak..hahaha
Kali ni nak cite pasal family trip ke Bandung. Dulu aku gi Bandung dgn family Kak Selly. Masa tu ktorg gamble je lepas dpt green light dari suami masing2, terus book ticket Air Asia yg masa tu berharga RM280 sorang. Di sbbkan bersemangat nak pergi, bayar je mahal2 pun janji dpt pergi. hahaha..Time tu gak aku dgn Kak Selly dua2 pregnant. Kak Selly 4 bln, aku 2 bln...
Lepas tu Kak Selly "ter" booked ticket Bandung lagik masa 0 fare last year. Dpt RM 50 je sorang utk byr tax. Wahh..ini sudah bagus...Haruskah aku tgk je dia book..tidak lah kan..terus aku pun book gak dgn cost RM150 utk kami bertiga..hahaha..jimattt..jimat....then semua adik beradik husband aku pun nak ikut sama..Pastu utk memeriahkan lagi suasana, kwn2 kak Selly 2 keluarga pun ikut skali...mmg meriah rombongan cik kiah kali nih..haha
Sbb booked awal, so rilek je la mula2..then 3-4 bln sebelum gi kitaorg dah gelabah. Nak recce transportation, hotel, tmpt nak gi apa suma. Sbb dlm rombongan, aku dgn kak Selly je yg dah pernah pergi. So diaorg bergantung la pada kitaorg punya experience je. Padahal ktorg gi dulu 2 hari je. Tak cover semua pun. hahaha...Tp takpe, skrg maklumat di hujung jari je. Antara malas and tak je...Kali ni lagi rasa kaget sbb bdk berdua dulu dlm perut sudah luar perut, and pergi lagi kali ni dgn 2 perut lagik. hahaha...Ye la setiap kali pegi Kak Selly dgn aku usung perut..nak buat mcm mana..rejeki....kekekeke
Kak Selly la org paling kuat dlm rombongan nih. Aku tolong2 light2 je. Rasa bersalah gak. Sorry yer kak...Nanti kita pnya "trip" lagi satu zu janji zu prepare everything. Akak bwk beg baju je tau. hahaha...
Flight tgh hari. tak dpt awal pagi sbb dah full. Ok la sampai2 je ptg dlm kul 4.00pm. Bandung ni cepat gelap. Tp sampai2 sempat lagik cover satu FO. diaorg pun tutup awal. kul 8.30pm dah tutup kedai. Kita slalu 9.00pm baru nak gi Jusco makan2 ke kan. Kalau semua kedai kat KL ni ttup kul 8.30pm, haii..takde life la org2 KL..hahaha
:: Budak kecik ni dah kemaruk nak buat peace setiap kali amik gambar..jadi tak jadi belakang kira. Nasib the whole 2 hrs flight dia tido. Aman sungguh..haha::
:: Suka snap2 konon2 candid ni...sbb aku suma amik gambar..nak cover kenyataan takde org nak offer amik gambar aku... :-( :
:: Diaorg ni jalan slow2 sgt..Nyampah tunggu..::
Walaupun ni kali kedua dtg Bandung, tp 1st time aku sampai Airport Bandung. Sbb dulu kami dtg dari Jakarta lalu Bogor sbb nak pergi Safari. Aku sampai2 amatlah terkejut dgn tahap efficiency imigresen diaorg. Ada ke bila org sampai seramai 300 org la penumpang hari tu aku rasa, dia bukak 2 kaunter je????...And mmg tak boleh ko nak berangan dia nak bukak kaunter byk2. Sbb mmg yg ada pun 2 kaunter sahaja sbb tempat dia amatlah sempit. Lorong yg muat dlm 4 baris org beratur. Pastu org leh beratur sampai ke luar2 lagik. Nasib ktorg smpi dah ptg, redup. Kak Selly kata dia sampai kul 12pm tgh panas terik. Dok luar Q bawah matahari mmg bikin panas la kan..Aku rasa dlm 45min gak ktorg beratur nak clear imigresen. Dgn bdk kecik2, dgn sempit, dgn berdiri lenguh, mcm2 carutan dlm hati nih...
Sampai Hotel dlm kul 6.00pm. Kami duduk kat De'Tropis Guest House. Kak Selly yg pilih tmpt ni. Sangat2 best and selesa. Bkn la hotel taraf 4-5 bintang kan. Ok la utk kitorg balik rehat and tido je. Dtg Bandung nak dduk hotel mahal2, ko jgn kuar bilik laa...Rate hotel ni dlm RM120 per room. Aku amik Family room ada 1 katil Queen, satu katil Single yg kitaorg rapatkan jadi Queengle...hahaha..Besar ok bilik dia. Basic ammenities semua ada. And ada 10 rooms je kat guest house ni. Ngam2 ktorg sampai, rombongan kitaorg je kat sini. So anak2 adalah buat mcm rumah atuk nenek diaorg. hahaha..Nanti aku letak gambar hotel.
:: Arsyad terus terkam kakak2 kesayangan...Dia mmg sayang sgt dgn kakak2 dia nih...Mlm2 pun slalu tanya "Mummy, bila arsyad boleh tido Bangi?". huhuhu...
:: Ini partner in crime sepanjang trip. Kejap baik, kejap gaduh, kejap org ni nangis, kejap org tu plak nangis, tidak berkesudahan...tak tau la nape dua org ni nak baik2 bermanja2, pastu lepas 5 min gaduh balik. semua org pening::
FO pertama adalah Rumah Anak Kecil. Kat jalan mana aku tak pasti. Yg tau mmg tmpt ni hot spot utk semua ibu2 yg nak beli baju anak2. Aku nak snap gambar dlm FO tp diaorg tak bagi. Tp serious byk giler baju bdk2 kat sini. Byk sgt2...semua cantik2 and murah2. Tp aku tak beli byk sbb choice utk bdk lelaki umur Arsyad tak berapa mengancam. Utk anak perempuan, mmg ko akan jadi gila di situ..hahaha..Jeans GAP pun baru RM20 sepasang. Mau tak gila??? hahaha..So sapa gi Bandung, Rumah Anak Kecil adalah wajib ok!. Paling best dia ada spot utk "campak" bdk2 nih...Nasib ktorg datang mmg takde org langsung. Sbb masa tu pun dah kul 7.00pm. So shopping dgn tenang, bdk2 pun happy layan diri..Kadang2 dgr la jeritan org ni nangis, org tu buat, org ni cakar..Eh, lantak ler..shopping lagi penting..hahahaha
:: Sorga mereka...tu Kak Selly belah kanan tpaksa bwk baju dtg sini nak kasi anak2 tersayang try..Terus jadi playground plus fitting room..hahaha::
Abis shopping dlm kul 8 lebih, masa shopping tak rasa penat, bila naik je bus terus rasa longlai kaki ni sbb kan baru sampai, and perut lapar giler..Oh yer, total pax rombongan cik kiah adalah 11 adults, 6 kids. So ktorg terus amik coaster yg leh muat 22-26 org...Selesa sbb besar, and bdk2 pun best je nak explore dlm tu kan. Cite transportation pun nanti lah yer....Dinner mlm tu ktorg gi Restoran Simpang Raya. Ok la Nasi Padang biasa tp sbb mlm kot, lauk tak byk sgt. Janji kenyang kan. Makan ramai2 tu Rp700k. Yg best air juice dia. Mmg kaw2 punya juice tak tipu...sedappppp..teringat2 smpi skrg...
Balik tu terus tido, rasa best je..Sbb guest house tu mcm ke dalam sikit dari jalan besar. Kawasan rumah2 banglo. So sunyi sepi tido lena je. Tp terjaga awal sbb kat sini kul 5am dah terang. So mata pun automatic terang sama. Bfast kat hotel. Ok la utk bfast lapik perut kan. Then terus awal2 dah nak serang next FO. Tp hujan la plak. Ktorg sampai Rumah Mode kul 8.45am. Tgh2 hujan tu then dia belum bukak plak. Kul 9.30am baru bukak. Pastu tgk hujan makin lebat. Terus tukar plan gi Pasar Baru je sbb kat sana diaorg bukak awal, and if hujan pun takde prob sbb semua dlm satu building. If FO ni ko kena jalan utk terjah2 FO2 lain yg berdekatan....
:: Pasangan romantik abad ini..hehehe..Masa ni tgh hujan, so posing ala2 je. Esoknya baru la kami posing sakan kan Kak Selly..::
Kat Pasar Baru mmg heaven utk org gila beli kain ela and kebaya2. Baju2 siap pun byk. Dia ada 7 tingkat, mmg ikut kekuatan kaki dan daya tahan poket je utk ko terjah semua kedai. hahaha...Aku mmg awal2 takde niat nak beli kain2 baju raya. So ktorg jalan2 tgk baju Arsyad if ada, and blouse aku. Puas hati gak dpt blouse RM15 jer. Kat KL mana nak dpt weyyy..hahaha...
Arsyad sangat kebosanan sbb ktorg berpecah dlm ni. Ye la masing2 ada benda masing2 nak cari kan. If nak stay dlm rombongan Cik Kiah, sampai thn dpn la kat Pasar Baru tak balik2. hahaha..So dia diam je sepanjang ktorg jalan2. Then bila naik foodcourt nak makan, tiba2 dia tido. Wahhh..mcm paham2 je kehendak mummy nak makan dgn tenang..hahaha...Bg aku paling best mkn kat foodcourt Pasar Baru ni lah. And tak payah la korang susah payah gi Pak Chi Met yg famous tu. Overrated dah. Mintak air sejuk pun dia charge. Choiii...duduk je mana2 kat food court ni, kang dtg la org2 yg nak amik order, ko gamble je order dari mana2 gerai pun. InsyaAllah sedap. Murah lak tu. Ktorg makan ber-empat skali air baru Rp50k. Bila di convert jadi RM18. Makan kat kantin sekolah pun tak murah mcm ni tau..hahahaha
:: Ni nasi aku. Ayam super sedap aku order lagi seketul. Sambal super pedas. Tauhu and tempe goreng rangup2 panas2 sedap sgt..::
:: Atas meja ni bkn menu dlm food court tau. hahaha..Dia dah kepenatan sgt2. Padahal food court bising dia pedulik apa..So mak bapak adalah tenang menikmati juadah::
:: Bapa yg mithali ckp "U pergi lah sambung shopping..i jaga anak..kesian plak nak angkut dia tgh lena..kang dah settle call i" Eh, suami mcm ni pun susah dapat di mana2 tau..hahaha::
Tp aku tak beli byk pun. Kain baju raya utk family aku, then t-shirt2 utk Arsyad...Ok la kan. Aku rasa utk korang2 yg mmg nak beli kain baju raya, or nak beli mcm2 baju2 kebaya kerawang2 cantik2 yg baru RM30 spasang siap kain and selendang, korang bertapa la dlm Pasar Baru ni dari dia bukak, sampai dia tutup. Confirm puas hati.
Then lunch kat Simpang Raya lagik. Sbb malas nak pusing2 carik tmpt makan. Sbb nak dekat dgn Jalan Dago, next FO yg bakal di serang. Bila perut dah penuh, mula lah masing2 mulakan misi. Jalan Dago mmg best FO2 dia. Korang google la malas plak nak type satu2 FO yg ada kat situ. hahaha..Tp serious mmg best. Baju2 murah, byk sizes, and semua fashion up to date. Dulu aku gi takde size besar2, semua slim2 je. Skrg ni byk plak size besar utk org mcm aku nih. Cantik2 plak tu . Zara, Esprit, Guess, semua dlm Rp100k. Lepas convert semua bwah RM40 la. Kat Jusco pun susah dpt baju Rm40 tau. hahaha
:: Special kat sini setiap FO ada tarikan tersendiri. Mcm kat sini ada kolam ikan. Besar2 ok ikan tu. Best la bdk2 ni dok bagi ikan makan. Mak bapak pun best dpt shopping dgn tenang...haha::
Abdullah Arsyad kan suka haiwan2 nih. Dia punya teruja tgk2 ikan ni, sampai dia meniarap kat tebing kolam tu. Tangan masuk dlm kolam utk ikan2 tu bermanja2 dgn dia..Pastu Kak Nena dok tepis2 air kolam sampai terkena dia basah kuyup. Pastu dia bgn je, terus mengucap aku tgk baju dia. Dah mcm iklan Daia yg anak balik baju hitam kotor baru balik main bola time hujan. Aku tak sempat snap sbb bapak dia dah bising2 terus beli baju and seluar baru tukar time2 tu gak. hahahaha
:: Masa tgh baik. Arsyad senyum tp Echa mcm malas layan..hahah::
:: Peace yo...::
Ptg tu ktorg balik hotel awal rehat2. Kaki aku dah rasa kebas dah mcm tak boleh nak jalan lagik. Masa shopping tak plak rasa kebas. Pelik aku. hahaha..Then dah rehat2, mlm tu we all dinner kat Stone Cafe atas bukit kat Jalan Dago. Jauh gak tmptnya tp scenary best la leh tgk permandangan Bandung waktu mlm. Makan biasa2 je ada local and western. Bdk2 dah penat and ngantuk. Mcm2 kejadian la berlaku makan pun tak tenang. So balik la cepat utk tido cepat dan sambung misi seterusnya esok hari tu. Makan situ agak mahal kena charge Rp1.3juta. Ok la kot dgn standard interior dia and scenary suma. Utk dpt experience je rasa ok kot...Food wise so-so je. Eh, gambar takde sbb kata makan pun tak tenang, tak kuasa aku nak amik gambar..hehe
Ok la sambung Part 2 nanti. Tgk bebila aku senang. hahaha
4 comments:
best nye pergi bandung..teringin laks nak pergi sna..hehehe
bandung best best best best!
Hi Pooh,
best shopping..tp if shopping dgn bdk2 ni kna jiwa kental..hehe
Hi Sofie,
yes bandung mmg best
Post a Comment